Cerita ni bukanlah direka-reka tapi inilah
yang aku pernah lalui dalam hidupku. Sebelum ni aku pernah cerita pengalaman seramku hmm korang boleh baca kat sini dan sini.
Ayah adalah keturunan yang mengamalkan
ilmu-ilmu hitam. Ilmu itu dipelajarinya dari negara jiran, Indonesia. Mungkin itulah sebab utama banyak perkara-perkara pelik yang terjadi kepadaku. Dalam adik-beradikku hanya aku seorang yang mengalaminya.
Rasa pelik juga. Adakah mungkin kerana aku lemah
semangat? Orang lemah semangat ni biasalah senang sikit kena kacau makluk halus. Bukanlah berdusta tapi
inilah kejadian yang tak ingin aku lalui. Menyeramkan, menakutkan dan melemahkan semangat.
Setiap kali ayah bila balik dari Indonesia, ayah mesti bawa balik benda
yang pelik-pelik. Benda pelik yang aku pernah nampak ialah tanduk, minyak dalam botol berisi rambut, kayu kayan
dibungkus dengan kain merah dan macam-macam lagi. Ayah dah bagi amaran jangan usik 'benda-benda' tu. Tapi sikap ingin tahu aku sangat tinggi. Tinggi sampai tak takut dengan amaran ayahku hehe. Bila ayah keluar bekerja, aku dah standbye depan 'peti ajaib' ayah hehehe. Degil tak dengar cakap ayah hehehe. Dekat dalam peti tu macam-macam ada. Pelik! Aku terus menggeledah tanpa henti. Rasa seronok!
Malam tu aku duduk bersantai kat beranda rumah seperti
malam-malam sebelumnya. Melayan fikiran yang melayang-layang. Tiba-tiba aku terlihat kelibat 'sesorang' dipokok pisang berdepan dengan rumah! Aku endahkan aje perasaan itu. Buat-buat tak nampak. Dengan tiba-tiba mataku tertumpu pada kelibat itu.
Dup dap dup dap
LEMBAGA HITAM!!!
Dengan sepantas halilintar aku masuk kedalam rumah. Mujurlah malam itu aku tidak keseorangan. Fuhhh... lemah semangat.
Moral of the story, jangan kacau barang orang sesuka hati :P
No comments:
Post a Comment