Kejadian ni berlaku pada tahun 2008 semasa tu aku bekerja kat Penang.
Ohh sebelum baca pengalaman kedua aku ni, baca la pengalaman pertama aku kat sini ye.
Pada malam itu aku
lambat ke surau. Tiba kat surau, takde sorang pun kat dalam surau tersebut. Semua orang dah selesai bersolat agaknya. Sunyi sepi surau. Seram jugak hati ini.
Selepas
mengambil wuduk, aku menunaikan solat Isyak. Ketika hendak memulakan bacaan surah Al-Fatihah, tiba-tiba aku terperasan sesuatu 'benda pelik' dihadapan tepi
dinding surau. Tanpa menghiraukan 'benda pelik' itu aku teruskan juga bacaan surah Al-Fatihah. Semakin lama semakin jelas ia kelihatan dari ekor mata. Seram sejuk badanku. Aku tumpukan mata pada sejadah. Ya Allah apakah benda tu?? Hati semakin
berdebar. Didinding tersebut kelihatan seperti sesorang tengah berdiri didalam
cermin sambil membetulkan telekungnya. Mungkin ujian
bagiku. Akhirnya aku berjaya menunaikan tanggungjawabku. Walaupun dalam ketakutan. Dengan harapan solatku diterima-Nya.
Hehe.
Setelah selesai bersolat aku terus menjadi raja pecut. Ya aku berlari sekuat hati tanpa sempat memakai kasut hahahahahha!
No comments:
Post a Comment