Sunday, September 15, 2013

Layu Setelah Mekar



Bila ditanya tentang cinta
Pasti jawabnya bahagia
Tanpa derita dan air mata
Luka dan lara

Kala cinta terbit dihati
Segalanya  harum dan mekar
Walau mawar berduri
Tetap indah dan cantik dihati

Sekebun cinta
Yang berbunga mekar indah ditaman perhiasan
Menanti fajar menghiasi kehidupan mekar
Segala lengkap tanpa cebisan kebencian

Namun setelah mekar debunga mula layu
Sang kumbang pula berubah hati
Mencari kembali haruman mewangi
Bagai ditusuk sembilu

Hati kini layu dijambangan
Pergilah kumbang aku rela
Setelah habis madu sepah dibuang
Aku rela


Biodata Katy Perry



Nama : Katheryn Elizabeth Hudson

Tarikh Lahir : 25 Oktober 1984

Tempat Lahir : Santa Barbara, California USA

Tinggi : 5' 8"

Nama Ayah : Keith Hudson

Nama Ibu : Mary Hudson

Adik Beradik : David Hudson & Angela Hudson


Saturday, September 14, 2013

Ayam Masak Kerisik



Nak masak lauk yang lain dari yang lain? Jom cuba recipe ni. Pastikan kerisik yang digunakan masih baru kerana aroma kerisik yang lama di simpan tidak enak baunya. Ivy ni memang suka mencuba walaupun bukan resepi yang orang kata hebat tapi yang penting agak menyelerakan.

Bahan-bahan

6 ketul kepak ayam (dipotong 3 setiap satu)
4 tangkai cili kering (blend)
2 biji bawang merah (blend)
2 ulas bawang putih (blend)
1sudu makan gula
1 biji bawang besar
1/2 sudu makan kerisik
Garam
Perasa Ajinomoto


Cara-cara
Goreng ayam sehingga kekuningan dan angkat. Tumis bahan kisar kecuali cili dan bawang besar sehingga naik bau, kemudian masukan kerisik dan bawang besar dan kacau sebati. Dan akhir sekali masukkan ayam dan masukan garam dan perisa tambahan dan kacau lagi.

Ok siap dihidang untuk seisi keluarga. Selamat mencuba!


Wednesday, September 11, 2013

Kailan Ikan Masin




Malam ni Ivy nak kongsikan resipi kailan ikan masin. Favourite family Ivy.

Bahan-bahan

Sayur kailan
Ikan masin (dipotong halus)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 biji bawang merah(ditumuk)
Cili api
Garam

Cara-cara

Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan ikan masin diikuti cili padi. Kemudian masukkan sayur kailan. Biar seketika. Masukkan secubit garam. Jangan terlalu banyak sebab ikan masin dah ada rasa masin) masukkan bahan perasa mengikut citarasa masing-masing. Bolehla dihidangkan untuk keluarga tercinta.

Selamat mencuba!


Lembaga Hitam Itu

Cerita ni bukanlah direka-reka tapi inilah yang aku pernah lalui dalam hidupku. Sebelum ni aku pernah cerita pengalaman seramku hmm korang boleh baca kat sini dan sini.


Ayah adalah keturunan yang mengamalkan ilmu-ilmu hitam. Ilmu itu dipelajarinya dari negara jiran, Indonesia. Mungkin itulah sebab utama banyak perkara-perkara pelik yang terjadi kepadaku. Dalam adik-beradikku hanya aku seorang yang mengalaminya.

Rasa pelik juga. Adakah mungkin kerana aku lemah semangat? Orang lemah semangat ni biasalah senang sikit kena kacau makluk halus. Bukanlah berdusta tapi inilah kejadian yang tak ingin aku lalui. Menyeramkan, menakutkan dan melemahkan semangat.

Setiap kali ayah bila balik dari Indonesia, ayah mesti bawa balik benda yang pelik-pelik. Benda pelik yang aku pernah nampak ialah tanduk, minyak dalam botol berisi rambut, kayu kayan dibungkus dengan kain merah dan macam-macam lagi. Ayah dah bagi amaran jangan usik 'benda-benda' tu. Tapi sikap ingin tahu aku sangat tinggi. Tinggi sampai tak takut dengan amaran ayahku hehe. Bila ayah keluar bekerja, aku dah standbye depan 'peti ajaib' ayah hehehe. Degil tak dengar cakap ayah hehehe. Dekat dalam peti tu macam-macam ada. Pelik! Aku terus menggeledah tanpa henti. Rasa seronok!

Malam tu aku duduk bersantai kat beranda rumah seperti malam-malam sebelumnya. Melayan fikiran yang melayang-layang. Tiba-tiba aku terlihat kelibat 'sesorang' dipokok pisang berdepan dengan rumah! Aku endahkan aje perasaan itu. Buat-buat tak nampak. Dengan tiba-tiba mataku tertumpu pada kelibat itu.

Dup dap dup dap

LEMBAGA HITAM!!!

Dengan sepantas halilintar aku masuk kedalam rumah. Mujurlah malam itu aku tidak keseorangan. Fuhhh... lemah semangat. 

Moral of the story, jangan kacau barang orang sesuka hati :P


Saturday, September 7, 2013

Ayam Panggang Sedap Dan Mudah!



Resepi ayam panggang Ivy ni mudah je tau. Bahan yang digunakan pun tak banyak dan mudah didapati.

Bahan-bahan

5 ketul kepak ayam dibahagi dua
1/2 cawan kicap manis
Garam secukup rasa
Madu
Bawang putih

Cara-cara

Masukkan ayam kedalam bekas. Kemudian masukkan bawang putih yang telah ditumbuk, kicap manis, garam dan madu. Kemudian perap ayam semalaman. Simpan didalam peti sejuk. Setelah diperap semalaman bolehlah korang panggang.

Semudah abc dan rasa pun meletops hehehe.

Selamat mencuba!

Thursday, September 5, 2013

Demi Waktu



Demi waktu aku terus berlari,
Berlari mengejar bayanganmu,
Bayangan yang seringkali berlari menjauhi ku..

Demi waktu aku terus menanti,
Menanti kasih dan cintamu,
Yang pasti tidak berbalas dari mu..

Demi waktu aku membuang saat terindah dalam hidup ku,
Menanti, mengejar dan berharap padamu..

Demi waktu akulah yang terluka,
Mencintai mu,
Berjuang tanpa erti,
Berlari terus berlari mencari cinta sejati, 
Namun hampa dan terluka..

Demi waktu mengajar hati lebih tabah kini,
Dan menghadapi hari muka dengan sabar..

Demi waktu mengubati hati yang terluka itu amat payah..


Wednesday, September 4, 2013

Kangkung Masak Belacan



BAHAN-BAHAN

1 ikat kangkung
2 ulas bawang putih (di tumbuk)
3 biji bawang merah (di tumbuk)
2 keping cili kering (di kisar)
1 sudu makan belacan
1/2 biji bawang besar (di mayang halus)
2 biji cili padi
3 ekor sotong (di hiris)

CARA-CARA

1) tumis bawang bawang merah, bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.

2) masukan cili kering dan belacan.Gaul sebati dan biarkan seketika.

3) tambah sedikit air dan setelah kuah menjadi pekat masukkan sotong.

4) Akhir sekali masukkan kangkung kacau sehingga kangkung menjadi layu dan angkat.

Mudah dan senang. Selamat mencuba ;)


Tuesday, September 3, 2013

Qasha Part 2


Baca Qasha Part 1 DISINI



Tenggelam dalam lautan cinta yang baru saja terjalin, Ayu dan Qasha sama-sama membina impian agar satu hari nanti percintaan yang mereka bina akan berakhir dijinjang pelamin.

"Terima kasih Ayu", Qasha memandang wajah Ayu dengan penuh makna.

"Qasha, kenapa ni ? Kenapa pula tiba-tiba Qasha nak ucapkan terima kasih pada Ayu ni?", Soal ayu heran.

"Taklah, Qasha cuma nak berterima kasih pada Ayu, sebab sudi menerima Qasha dalm hidup Ayu", terang Qasha.

"Ayu, bulan depan Qasha fikir nak masuk meminang Ayu", Qasha tersenyum.

"Cepatnya.. tak terlalu awal ke? Nanti Qasha pula yang menyesal sebab tersalah memilih calon isteri," Ayu mengusik dalam serius.

Qasha sepantasnya menghadiahkan cubitan manja dipipi mungil Ayu.

"Arhh, sakitlah", jerit Ayu manja.

Mendengar jeritan manja Ayu, sekali lagi Qasha menghadiahkan cubitan buat Ayu.

"Qasha.. sakitlah", Mulut Ayu dimuncungkan.

"Manjalah sayang abang ni. Geram dibuatnya," Qasha terus mengusik Ayu.

"Abang?? Hishh, tak naklah Ayu. Berlebih pula Qasha ni", jawab Ayu tanpa menyedari Qasha tersentuh dengan kata-katanya.

"Maaflah, jika Ayu tak senang dengan gurauan Qasha tapi nanti kalau boleh, Qasha nak dengar Ayu panggil Qasha Abang bila kita dah sah nanti", terang Qasha dengan berhati-hati.

Ayu menyedari ada kelainan dalam nada suara Qasha. 'Aku tersalah cakap ke? Kenapa Qasha tiba-tiba begitu serius pulak', fikir Ayu.

"Abang, nak peluk boleh?",Ayu berseloroh.

"Hishhh! Kan kita belum sah lagi, nak kena tangkap khalwat?",marah Qasha tapi dikawalnya.

"Ayu gurau ajelah. Dah tengok muka Qasha jadi serius. Ayu cakaplah macam tu!!', Ayu pula yang merajuk.

"Ala bucuk-bucuk, merajuklah pulak meh abang pujuk yer? Sayang nak apa ni? Nak abang cubit pipi lagi tak",  pujuk Qasha.

Ayu tersenyum melihat gelagat Qasha yang pandai mengambil hati dan tenang.

Sebulan kemudian.

"Qasha, tolong Ayu boleh?,"Ayu meminta bantuan.

"Sayang, abanglah. Kan kita dah jadi suami isteri. Sayang dah lupa ker?",Qasha merajuk.

"Abang kan baru hari ni kita hidup sebumbung sebagai suami isteri, Ayu tersasul lah. Maafakn Ayu Abang", Ayu memeluk Qasha.

"Sayang, abang tiba-tiba rasa mengantuk pula teman kan abang tidur ya", Soal Qasha.

"Abang, kan sekarang ni baru jam sepuluh abang nak masuk tidur lagi ker?", sambil Ayu memeluk erat tubuh suaminya.

"Sayang.." sejurus saja Ayu menoleh kearah Qasha, satu ciuman hinggap di bibir seksi Ayu. Lantas ayu mebalas ciuman dari Qasha.

"Sayang ni manjalah, abang angkat sayang kebilik ya", Qasha tidak menunggu jawapan dari Ayu dan segera mengangkat Ayu kebilik.

"Abang ni gelojoh lah", kata Ayu.

Sekali lagi ciuman dihadiahkan buat Ayu.

Sekian.


Hantu Ker Malaikat Part 2


Kejadian ni berlaku pada tahun 2008 semasa tu aku bekerja kat Penang.

Ohh sebelum baca pengalaman kedua aku ni, baca la pengalaman pertama aku kat sini ye.

 
Pada malam itu aku lambat ke surau. Tiba kat surau, takde sorang pun kat dalam surau tersebut. Semua orang dah selesai bersolat agaknya. Sunyi sepi surau. Seram jugak hati ini.

Selepas mengambil wuduk, aku menunaikan solat Isyak. Ketika hendak memulakan bacaan surah Al-Fatihah, tiba-tiba aku terperasan sesuatu 'benda pelik' dihadapan tepi dinding surau. Tanpa menghiraukan 'benda pelik' itu aku teruskan juga bacaan surah Al-Fatihah. Semakin lama semakin jelas ia kelihatan dari ekor mata. Seram sejuk badanku. Aku tumpukan mata pada sejadah. Ya Allah apakah benda tu?? Hati semakin berdebar. Didinding tersebut kelihatan seperti sesorang tengah berdiri didalam cermin sambil membetulkan telekungnya. Mungkin ujian bagiku. Akhirnya aku berjaya menunaikan tanggungjawabku. Walaupun dalam ketakutan. Dengan harapan solatku diterima-Nya.

Hehe.

Setelah selesai bersolat aku terus menjadi raja pecut. Ya aku berlari sekuat hati tanpa sempat memakai kasut hahahahahha!

Monday, September 2, 2013

Qasha Part 1



Kebiasaannya Ayulah orang pertama yang paling awal sampai ke pejabat. Seperti hari-hari biasa Ayu akan minum kopi sebelum meneruskan tugasan harian. Pagi hari tu, Ayu terperanjat melihat sesorang yang belum pernah dilihatnya sebelum ini datang ke pejabat lebih awal dari nya. Sedang persoalan demi persoalan bermain-main difikiran tiba-tiba Ayu tersentak dari lamunan.

"Haii, saya Qasha. Pekerja baru kat pejabat ni". Sambil menghulur tangan.

"Hai. Ayu", Ayu menjawab dengan ringkas.

"Dah lama kerja kat sini ?", Soal Qasha lagi.

"Dah empat tahun", Balas Ayu.

"Ermm, dah lama juga ya", kata Qasha sambil tersenyum manis melihat Ayu.

Hati Ayu terpaku melihat senyuman Qasha yang baru saja dilemparkan pada Ayu sebentar tadi. Manis dan menarik. Ayu segera berpaling dari terus melihat senyuman Qasha yang seakan menyedari tingkah laku Ayu.

"Oh ya dah nak masuk waktu kerja ni, saya pergi dulu ya", Ayu segera meninggalkan Qasha yang masih tersenyum-senyum.

"Huhh, kacak juga mamat tu. Hampir saja aku kaku dibuat nya", Ayu berkata sendirian.

"Haii sejak bila pulak awak ni bercakap sorang-sorang?", Rita menyoal.

"Rita, awak dah minum ker? Kalau belum saya boleh tolong buatkan kopi untuk awak", Ayu mengelak dari terus disoal.

"Ishh,sejak bila pula awak ni beriya -iya sangat nak buatkan kopi untuk saya ni?,soal Rita lagi.

"Sejak hari ni", Balas Ayu selamba.

Tanpa menghiraukan sekeliling, Ayu melangkah dengan sopan sekali, menuju ke ruang rehat sambil membancuh secawan kopi untuk Rita. Ayu yang dari tadi tidak menyedari bahawa Qasha sedang memerhatinya dari jauh.

Jam menunjukan angka 12, Ayu segera meninggalkan meja kerja dan fail-fail yang berlambak diatas mejanya dan pergi ke ruang rehat untuk menikmati makanan yang dibawa dari rumah pagi tadi. Sedang menjamu selera, tiba-tiba Qasha berseloroh.

"Madu dibunga, lebah empunya, seputih embun mekar cinta ku, jika hati sudah tertarik, usahkan ragu miliki cinta"

"Alamak, jiwang nya mamat ni", potong stim orang makan jer lah mamat ni", Ayu membebel.

"Tak ajak Qasha makan sekali ker?", Qasha bertanya sambil duduk rapat bersebelahan dengan Ayu.

"Maaflah yer, bekal ni cukup untuk sorang je", jawab Ayu sopan.

Qasha semakin tertarik dengan kelembutan dan kesopanan yang Ayu pamerkan. Dengan berani Qasha mendekati wajah lembut Ayu. Ayu tersentak dengan perbuatan Qasha dan menolak kasar susuk tubuh Qasha yang bidang.

"Qasha apa ni?!! Ayu separuh menjerit. Marah dengan tindakan Qasha.

"Maafkan Qasha Ayu, Qasha tak sengaja". Qasha malu dengan apa yang baru saja terjadi. Ayu cepat-cepat meninggalkan Qasha yang serba- salah.

"Ayu, maafkan Qasha'jerit Qasha.

Di meja kerja, Ayu masih terkejut dengan apa yang berlaku diruang rehat tadi. Tapi dalam kemarahan tadi, Ayu tak sepatutnya menolak Qasha dan memarahinya. Ayu jadi serba tak kena sejak kejadian itu. Terasa nak pergi mohon maaf dengan Qasha tapi risau permohonan maaf itu tidak diterima. Ayu mengambil langkah untuk berdiam diri. Setelah tamat waktu berkerja, Ayu berlari anak menuju ke parkir dimana keretanya di parkirkan. 

Lama juga Ayu menyepikan diri dari sesiapa, setelah beberapa bulan kemudian Qasha memberanikan diri menyapa Ayu.

"Selamat pagi Ayu. Dah sarapan tak?", Qasha menyapa.

"Dah", Jawab Ayu ringkas.

Nampaknya Ayu masih marah agaknya fikir Qasha. Dalam kebisuan yang melanda mereka di bilik rehat, tiba-tiba Qasha bersuara.

"Andai aku yang bersalah, maafkan aku wahai intan permata. Jika dibelah dada ini, tertulis namamu indah disana. Jika kau menjadi Juliet, Aku pula menjadi Romeo". Qasha mencuba untuk berseloroh dan cuba menaruk perhatian Ayu.

"Qasha, Ayu minta maaf sebab kejadian masa tu", Ayu memulakan bicara.

"Ayu, Qasha yang bersalah. Qasha yang sepatutnya mohon maaf dengan Ayu. Maafkan Qasha ya? Qasha merayu"..

Sekali lagi keadaan sepi seketika.

"Qasha,sebenarnya Ayu.. Ayu..", belum sempat pun Ayu meneruskan kata-kata Qasha terus bersuara.

"Ayu, Qasha cintakan Ayu", Qasha berterus terang tentang hati yang penuh harapan. Ayu tertunduk mendengar luahan hati Qasha.

"Sebenarnya dah lama Ayu tunggu saat ni", sambil tertunduk malu.

"Jadi, Ayu terima Qasha?", Seperti hendak menjerit hatinya keriangan. Terjawablah persoalan-persoalan yang sering bermain difikiran nya sebelum ini.

"Ayu", sambil menggengam erat jari jemari halus Ayu.

"Qasha janji akan bahagia kan Ayu sepanjang hidup Qasha".

"Qasha, cukuplah Qasha janji untuk bahagiakan Ayu. Itu sudah cukup buat hati Ayu bahagia", Ayu tenggelam dalam lautan cinta.

Bersambung.