Thursday, November 20, 2014

Pregnant!



Pengalaman pertama mengandungkan zuriat yang sulung adalah pengalaman yang paling indah sekali dalam kehidupan seorang wanita yang akan bergelar ibu. Begitu juga dengan saya dan suami yang sangat teruja menanti kedatangan cahaya mata yang pertama.

Ketika kandungan masih diperingkat awal, morning sickness yang saya alami ialah selera makan hilang, loya dan pening-pening. Mata sentiasa nak lelap saja. Kalau boleh saya nak tidur 24 hour non stop. Hahaha.